Tuesday, September 14, 2010

Selamat kembali

Diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita beraya. Mungkin masih ramai yang bercuti lagi maklum jelah cuti sekolah masih panjang lagi. tapi pada yang dah mula bekerja, mari kita teruskan usaha tanpa jemu dan penat, kerana kejayaan sedang menanti didepan sana. masa je yang akan menentukan bilakah kita akan sampai ke destinasi tu...

Mungkin didalam usaha kita mengejar kejayaan berbagai halangan dan cabaran yang akan dan sudah kita lalui, tapi itu semua merupakan guru dan pengalaman kita yang tidak akan dapat dirasai oleh orang lain. pengalamanlah yang akan menagajar dan membentuk kita supaya menjadi lebih baik dan maju di masa hadapan. Jangan jadikan cabaran dan dugaan sebagai halangan untuk kita terus berusaha. Gerak dan terus bergerak, biar sedikit asalkan tidak berhenti.

Marilah kita sama-sama berusaha demi agama dan bangsa, mari kita berusaha tanpa rasa jemu dan putus asa,kerana sesungguhnya DIA sentiasa ada bersama kita dan janganlah kita lalai dan leka terhadapNYA. ingatlah kita kepadaNYA, sesungguhnya DIA sentiasa meningati kita.