Monday, December 13, 2010

Cabaran dan dugaan

alhamdullilah, kita sihat dan boleh lagi membaca dan menulis di blog-blog kesayangan. Walaupun setengah dari kita termasuk saya belum pernah menjana pendapatan, namun dengan minat dan ingin tahu serta turut serta dengan arus teknologi maklumat ini, InsyaAllah kita semua akan berjaya menjana sedikit pendapatan sebagai permulaan.

Namun begitu kita mesti berusaha dan membuat rancangan bagi memperoleh pendapatan.Kita juga perlu menetapkan sasaran bila dan jumlah yang diinginkan. saya sasarkan pada may 2011 saya akan menjana RM100 yang pertama dari blog saya ni. Walaupun saya ada beberapa blog yang ditulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu, tapi sasaran kita perlu terperinci dan mudah dicapai agar kita boleh bergerak ke peringkat seterusnya.

Moga tahun hijrah yang sudah menjangkau 1432H dan hari ke9 bulan muharram, kita semua akan dikurniakan kesihatan dan rezeki yang halal seperti diminta dariNYA. Tahun 2010 jugaakan meninggalkan kita dalam masa 2 minggu lagi dan azam dan hasrat tahun 2011 dah di buat perancangan ke?