Sunday, November 29, 2009
AZAM BULAN TERAKHIR 2009
Pada setiap awal tahun boleh dikatakan semua orang berlumba untuk memilikki diari atau organizer untuk dicatatkan cita-cita atau azam pada tahun baru nanti. Apa azam dan cita-cita saudara/i pada tahun baru akan datang ni?. Saya masih lagi berazam untuk menglangsaikan hutang2 saya dan ingin hidup tanpa dibebani hutang2. Alhamdullilah saya dah berjaya menyelesaikan hutang salah satu kad kredit saya. Walaupun saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil, tetapi keazaman yang mendorong menjelaskan hutang itu. Namun begitu ada satu lagi kad kredit yang berjumlah <> 3k yang perlu dijelaskan. Saya berazam pada hujung tahun ini, Insya Allah semuanya dapat dijelaskan.
Wednesday, November 25, 2009
Penghujung 2009
Esok semua umat islam diseluruh dunia akan menyambut hari kebesaran atau perayaan yang dikenali Hari Raya Haji/ Qurban. Kenapa dinamakan begitu, 2 acara yang besar dan amat diingati serta dituntut dilakukan oleh umat islam diseluruh dunia. Peristiwa pertama yang mana pada bulan Zulhijjah ini umat islam menunaikan salah satu rukun islam yang dituntut iaitu menunaikan haji bagi yang mampu. Pada bakal- bakal haji dan hajah semua diucapkan selamat menjalankan rukun haji dan moga- moga mendapat haji yang mabrur. Semoga IM muslim dan saya sendiri dimurahkan rezeki dan mendapat seru yang awal untuk menunaikan haji, InsyaAllah.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S terhadap anaknya Nabi Ismail A.S yang mengingatkan kita semua bagaimana terjadinya hari raya Qurban ini. Moga- moga kita merenung dan mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Kepada semua pelawat blog, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban dan berhati-hati memandu pulang ke kampung. Walaupun disetengah tempat tidak meriah, namun mereka yang berasal dari pantsai timur atau berkawin dengan orang pantai timur tak kira Pahang, Terangganu atau Kelantan, mereka tahu dan merasai bertapa meriah dan seronoknya menyambut hari raya qurban ini.
SELAMAT HARI RAYA QURBAN,SAYA N KELUARGA MEMOHON MAAF SEKIRANYA SENGAJA ATAU TIDAK.
Monday, November 9, 2009
10 idea untuk memulakan perniagaan
1.Tips dan teknik mengambil gambar. Pemilik laman web ini adalah seorang juru gambar professional.
2.cara dan tips bagaimana untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan internet anda
3.Menjual sabun mandi buatan sendiri. Dengan menggunakan adunan bahan-bahan semula jadi dan bahan asing, anda juga boleh mencipta sabun sendiri.
4.Menjual produk-produk lilin beraroma. Trend kini adalah aomaterapi- menggunakan lilin untuk menghasilkan aroma yang indah.
5.Perkhidmatan membuat hamper (gift basket). Boleh juga diimplementasikan di
6.Perkhidmatan badut untuk jamuan atau pertunjukan. Bagi mereka yang berminat untuk memberi hiburan terutama kepada kanak-kanak.
7.Menjual kursus online cara bermain piano. Sistem yang diciptakan menjana pendapatan di Internet bagi peminat piano ini.
8.Menjual sistem cara bermain gitar dengan mudah. Sistem sebegini boleh diimplementasikan pada peralatan muzik yang lain.
9.Menawarkan perkhidmatan menulis dan menyunting (freelance writer & editor). Sekiranya anda seorang penulis atau penyunting full time, perniagaan internet secara freelance mungkin adalah untuk anda.
10.Menawarkan Perkhidmatan melukis karikatur & kartun. Bagi pakar melukis- di Malaysia ramai insan-insan yang hebat dalam bidang kreatif sebegini.
Friday, November 6, 2009
Persiapan Persekolahan Anak-anak
Tetapi bagi ibubapa atau penjaga, bila tiba hujung tahun, mulalah kepala pening dan risau, berkenaan budget dan belanja hujung tahun dan persiapan sekolah anak-anak nanti. Cukup ke peruntukkan yang akan diberi, mana nak bayar insuran dan pembaharuan cukai jalan kereta, boleh ke bawa keluarga pergi bercuti didalam negara atau merasa keluar negara sekali-sekala. Dengan perkara yang tak diduga seperti kereta rosak, kawan kesempitan wang dan minta tolong, mak ayah yang dah tak berapa sihat seperti dulu dan memerlukan bantuan. Mungkin perkara pernah atau selalu dialami bila tiba hujung tahun. Apa yang dibuat jika perkara ini sering berlaku, dimana kita boleh dapatkan bantuan kewangan, nak pinjam dari keluarga atau kawan yang juga mungkin menghadapi masalah yang malu untuk diberitahu, nak pinjam dangan bank atau koperasi, tidak semudah yang dijangka, JANGAN pinjam dengan ALONG. Saya ulang JANGAN pinjam dangan ALAONG.
Peluang selalunya datang tanpa disedari, bagaimana jika peluang untuk mendapatkan modal atau wang untuk merubah atau memperbaiki diri dan keluarga. layari modal niaga untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tuesday, November 3, 2009
Pendapatan Pasif
Anda boleh cuba menjalankan perniagaan secara online, tetapi dinasihatkan dapat ilmu yang sebaik mungkin sebelum menceburi bidang ini.Dapatkan ilmu berniaga online disini
Monday, November 2, 2009
Apa itu Pendapatan
Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diterima bergantung kepada usaha dan kerja yang dilakukan. Kerja atau usaha yang dilakukan mungkin ada batas-batas tertentu. ketika anda sihat dan masih mampu juga masih diperlukan,masa inilah anda mencipta atau memperolehi punca pendapatan. Tetapi bagaimana waktu anda uzur dan tidak mampu untuk bekerja, adakah pendapatan anda akan berterusan. Sudah tentu pendapatan anda juga akan terganggu. Tetapi dengan modal niaga pendapatan anda akan berterusan walaupun anda tidak bekerja dengan aktif lagi ataupun anda sedang bercuti.