Sunday, November 29, 2009

AZAM BULAN TERAKHIR 2009

Sedar tak sedar, esok merupakan bulan December iaitu bulan terakhir bagi setiap tahun atau lebih tepat tahun 2009. ingat tak azam atau perancangan pada awal tahun lalu. setakat mana dah yang telah tercapai, atau semuanya masih belum terlaksana. Inilah cabaran kita, bukan saja menyediakan perancangan, tetapi melaksanakan perancangan adalah yang paling sukar.

Pada setiap awal tahun boleh dikatakan semua orang berlumba untuk memilikki diari atau organizer untuk dicatatkan cita-cita atau azam pada tahun baru nanti. Apa azam dan cita-cita saudara/i pada tahun baru akan datang ni?. Saya masih lagi berazam untuk menglangsaikan hutang2 saya dan ingin hidup tanpa dibebani hutang2. Alhamdullilah saya dah berjaya menyelesaikan hutang salah satu kad kredit saya. Walaupun saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil, tetapi keazaman yang mendorong menjelaskan hutang itu. Namun begitu ada satu lagi kad kredit yang berjumlah <> 3k yang perlu dijelaskan. Saya berazam pada hujung tahun ini, Insya Allah semuanya dapat dijelaskan.

No comments:

Post a Comment