Monday, November 2, 2009

Apa itu Pendapatan

Upah atau ganjaran yang dibayar setelah melakukan sesuatu tugasan mungkin merupakan sumber pendapatan kita. Pendapatan ini mungkin dalam bentuk wang ringgit atau dalam apa jua bentuk yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pendapatan juga boleh terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diterima bergantung kepada usaha dan kerja yang dilakukan. Kerja atau usaha yang dilakukan mungkin ada batas-batas tertentu. ketika anda sihat dan masih mampu juga masih diperlukan,masa inilah anda mencipta atau memperolehi punca pendapatan. Tetapi bagaimana waktu anda uzur dan tidak mampu untuk bekerja, adakah pendapatan anda akan berterusan. Sudah tentu pendapatan anda juga akan terganggu. Tetapi dengan modal niaga pendapatan anda akan berterusan walaupun anda tidak bekerja dengan aktif lagi ataupun anda sedang bercuti.

No comments:

Post a Comment