Wednesday, November 25, 2009

Penghujung 2009

Assamualaikum pembaca semua,

Esok semua umat islam diseluruh dunia akan menyambut hari kebesaran atau perayaan yang dikenali Hari Raya Haji/ Qurban. Kenapa dinamakan begitu, 2 acara yang besar dan amat diingati serta dituntut dilakukan oleh umat islam diseluruh dunia. Peristiwa pertama yang mana pada bulan Zulhijjah ini umat islam menunaikan salah satu rukun islam yang dituntut iaitu menunaikan haji bagi yang mampu. Pada bakal- bakal haji dan hajah semua diucapkan selamat menjalankan rukun haji dan moga- moga mendapat haji yang mabrur. Semoga IM muslim dan saya sendiri dimurahkan rezeki dan mendapat seru yang awal untuk menunaikan haji, InsyaAllah.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S terhadap anaknya Nabi Ismail A.S yang mengingatkan kita semua bagaimana terjadinya hari raya Qurban ini. Moga- moga kita merenung dan mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Kepada semua pelawat blog, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban dan berhati-hati memandu pulang ke kampung. Walaupun disetengah tempat tidak meriah, namun mereka yang berasal dari pantsai timur atau berkawin dengan orang pantai timur tak kira Pahang, Terangganu atau Kelantan, mereka tahu dan merasai bertapa meriah dan seronoknya menyambut hari raya qurban ini.

SELAMAT HARI RAYA QURBAN,SAYA N KELUARGA MEMOHON MAAF SEKIRANYA SENGAJA ATAU TIDAK.

No comments:

Post a Comment