Monday, December 13, 2010

Cabaran dan dugaan

alhamdullilah, kita sihat dan boleh lagi membaca dan menulis di blog-blog kesayangan. Walaupun setengah dari kita termasuk saya belum pernah menjana pendapatan, namun dengan minat dan ingin tahu serta turut serta dengan arus teknologi maklumat ini, InsyaAllah kita semua akan berjaya menjana sedikit pendapatan sebagai permulaan.

Namun begitu kita mesti berusaha dan membuat rancangan bagi memperoleh pendapatan.Kita juga perlu menetapkan sasaran bila dan jumlah yang diinginkan. saya sasarkan pada may 2011 saya akan menjana RM100 yang pertama dari blog saya ni. Walaupun saya ada beberapa blog yang ditulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu, tapi sasaran kita perlu terperinci dan mudah dicapai agar kita boleh bergerak ke peringkat seterusnya.

Moga tahun hijrah yang sudah menjangkau 1432H dan hari ke9 bulan muharram, kita semua akan dikurniakan kesihatan dan rezeki yang halal seperti diminta dariNYA. Tahun 2010 jugaakan meninggalkan kita dalam masa 2 minggu lagi dan azam dan hasrat tahun 2011 dah di buat perancangan ke?

Tuesday, October 12, 2010

Apa dan macamana

Kenapa kita masih lagi disini, melakukan kerja yang sama, routine yang sama, melalui jalan yang sama, berjumpa dengan kawan dan orang2 yang sama. Tidakah kita pernah berhenti sejenak dan berfikir, kenapa aku melakukan benda yang sama setiap hari sedangkan bumi Allah ni maha luas dan indah. Tidakah aku ingin menuju dan melalui tempat yang tidak pernah ku tuju dan melintasinya. Aku akan menempuh satu benda dan pengalaman yang baru yg tidak pernah ku fikir selama ni. Alangkah seronok dan terbuknya minda ku hari ni,jika aku dapat bertemu dengan orang yang baru dan berfikiran positif dan dapat memberi idea atau bertukar pengalaman yang selalunya tidak akan sama walaupun berlaku di tempat yang sama.

Aku ingin melakukan perubahan terutamanya terhadap diri sendiri ke arah yang lebih baik dan dapat memberi manafaat kepada manusia sejagat.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat kembali

Diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita beraya. Mungkin masih ramai yang bercuti lagi maklum jelah cuti sekolah masih panjang lagi. tapi pada yang dah mula bekerja, mari kita teruskan usaha tanpa jemu dan penat, kerana kejayaan sedang menanti didepan sana. masa je yang akan menentukan bilakah kita akan sampai ke destinasi tu...

Mungkin didalam usaha kita mengejar kejayaan berbagai halangan dan cabaran yang akan dan sudah kita lalui, tapi itu semua merupakan guru dan pengalaman kita yang tidak akan dapat dirasai oleh orang lain. pengalamanlah yang akan menagajar dan membentuk kita supaya menjadi lebih baik dan maju di masa hadapan. Jangan jadikan cabaran dan dugaan sebagai halangan untuk kita terus berusaha. Gerak dan terus bergerak, biar sedikit asalkan tidak berhenti.

Marilah kita sama-sama berusaha demi agama dan bangsa, mari kita berusaha tanpa rasa jemu dan putus asa,kerana sesungguhnya DIA sentiasa ada bersama kita dan janganlah kita lalai dan leka terhadapNYA. ingatlah kita kepadaNYA, sesungguhnya DIA sentiasa meningati kita.

Sunday, August 1, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tidak beberapa lama lagi umat islam di seluruh dunia akan menyambut bualan yang penuh berkat dan pengampunan, bulan yang mulia dari seribu bulan. Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak. semoga kali ni ibadat dan pahala akan berganda.Dan semoga dosa kita diampunkan olehNya dan ibadat kita diterima.

Selalunya didalam bulan ramadhan ni,berlaku banyak pembaziran. terutamanya di waktu berbelanja untuk berbuka. setengah kita belanja mengikut nafsu makan.Belanjalah sekadar yang mampu saja.

Tuesday, July 27, 2010

Berdiam tidak bermakna tiada

Salam dan permohonan maaf

Saya ingin meminta maaf kepada pengunjung blog nie,kerana dah lama sangat dah aktif. ini mungkin saya sedang sibuk dengan projek yang lain. walaubagaimanapun blog ni masih wujud dan akan diaktifkan kembali untuk memberi maklumat dan info yang saya harap berguna dan dapat digunakan oleh semua. harap-harap begitulah. tujuan blog nie yang assalnya untuk memberi maklumat bagaimana untuk mencari dan mengumpul modal untuk memulakan perniagaan secara online dan offline.

Mungkin kita boleh dan ingin memulakan perniagaan,tetapi tidak tahu langkah untuk memulakan atau takut untuk memulakan. blog ni juga bertujuan untuk berkongsi idea2 bagi memulakan pernigaan disamping cuba memberi galakkan dan semangat untuk memulakan tindakan. Ketahuilah bahawa kita tidak akan tahu keupayaan kita jika kita takut dan tidak mencuba.Biar kita gagal setelah mencuba dari tidak dan takut untuk mencuba, sekurang2nya kita dapat pengalaman yang tidak akan sama dengan pengalaman dengan orang lain atau tiada pengalaman langsung jika tidakmencuba.

Saya juaga dah banyak kali mencuba perniagaan secara online dan offline. ada yang berjaya dan ada juga yang kena tipu. Baru2 nie saya dan partner business saya dah tutup satu perniagaan dan kami telah banyak belajar dari kegagalan ni. Walaupun kami terpaksa menanggung beban hutang.Tapi kami percaya, semua dapat diatasi jika kami berusaha lebih kuat dan tidak malu serta tekun.tetapimesti dengan IZIN ALLAH, insyaAllah.

Thursday, January 21, 2010

1/2 juta Penduduk Baru di Malaysia

Lebih setengah juta penduduk baru di Malaysia pada tahun lepas (2009). Ini bukanlah PATI, tapi jumlah bayi yang baru lahir dan menjadi warganegara MALAYSIA. Jadi secara tak langsung jumlah penduduk telah meningkat. Apa yang penting dengan statistik ini kepada negara dan kita yang terlibat dalam IM atau internet business. secara tak langsung market potential is been created naturally.Just think and find the opportunity to create and develop a new market based on the sattistic.

Tuesday, January 19, 2010

Langkah mudah untuk mulakan perniagaan dari rumah

Dengan memulakan perniagaan dari rumah, walaupun ganjarannya mungkin agak besar , tetapi bagi sesiapa yang mengharapkan kejayaan atau kekayaan segera mungkin akan mudah kecewa dan putus asa didalam mengejar cita-citanya. Walaupun memulakan perniagaan secara online mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan dengan cepat dan segera, namun perancangan dan kesabaran amatlah perlu didalam menjalankan perniagaan online untuk mencapai kejayaan.

kelebihan yang nyata dengan memulakan perniagaan online ini adalah pernigaan boleh dimulakan dan beroperasi dengan pantas dan cepat serta kos yang lebih murah jika dibandingkan secara offline yang memerlukan modal yang lebih besar. Dengan perancangan dan langkah demi langkah dan bukan tergesa-gesa, kejayaan perniagaan online mungkin akan berhasil.

Untuk menjad seorang usahawan, kita mesti ketahui bahawa kejayaan tidak akan tercapai dengan hanya sekelip mata. Kegagalan dan kesilapan adalah pelajaran dan pengajaran yang paling berguna dan berharga. Anggapalah kepahitan dan kegagalan itu adalah process dan cabaran didalam mencipta jalan kearah kejayaan. Mencipta matlamat adalah penting supaya kita sentiasa berada didalam jalan yang betul didalam mencapai kejayaan perniagaan online. Dengan adanya matlamat yang jelas, ia akan menolong kita fokus dan tahu apa yang perlu dan akan dilakukan untuk mencapai atau menuju ke matlamat akhir kita.

Sunday, December 6, 2009

macamana nak mula berniaga di internet?.

Dengan dunia yang sentaiasa dan cepat berubah nie, kita juga perlu dan mesti berubah, jangan hanya selesa dengan keadaan kita sekarang. Saya sendiri cuba da mahu berubah kearah yang lebih baik. Dan saya cuba untuk tidak berasa selesa dengan keadaaan semasa saya.

Saya sekarang masih belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan secara online, walupun masih belum menjana apa2 pendapatan, namun saya tidak patah semangat dan masih terus berusaha dan belajar.

Buat masa ini saya ingin berkongsi 4 tips sebelum memulakan perniagaan internet ni :

1. Tentukan "Business Model" anda

Dunia internet membolehkan kita memulakan perniagaan dengan lebih mudah dan modal yang sedikit. Untuk memulakan perniagaan internet dari rumah, mungkin model ini sesuai:

  • Affiliate Marketing
  • Selling on Ebay atau mudah.com
  • Ghostwriting
  • Selling your own information products
  • Starting an ecommerce site
  • Blogging
  • Consulting
  • Publishing an email newsletter
  • And more
2. Buat apa yang perlu dan teratur

Perkara utama, Anda perlukan tempat untuk memulakan perniagaan.

Benda asas yang mungkin anda perlukan:

  • a capital - how to get it.
  • A work space where you can concentrate - where you like to do your work
  • A quality chair - get one for your long comfortable hour sitting
  • A computer/printer/phone/possibly fax
  • Typical and basic office supplies such as paper and pens

3. Tugas harian

Satu masalah besar bekerja dari rumah ailah menguruskan masa. Masa anda perlu diuruskan dengan teratur dengan membuat perancangan dan pelan tindakan apa yang perlu dilakukan. Pastikan kerja yang dibuat mengikut pelan tindakan harian dan masa tidak dibazirkan .

Perniagaan anda bukannya hobi. Jadi pastikan masa yang diperuntukkan digunakan sepenu dan sebaiknya. Jangan bazirkan masa yang diperuntukkan dengan checking email, updating your Facebook page, Twittering, or surfing various forums. INGAT perniagaan anda adalah yang utama.

4. Lakukan sekarang

This is where most people fail. They are always preparing to take action but never quite get to the consistent action taking part.

They either jump from one business opportunity to another, or they spend their time constantly learning, searching for that one amazing secret that will make them rich instantly.

Don't let this happen to you. If you've decided to sell on ebay, get the information you need on that topic and then take action by actually selling on ebay.

The time to start isn't "someday" or when you get through the holiday season, or after a busy stretch at your day job, or when you learn X! The time to start is now! LAKUKAN SEKARANG.

Sunday, November 29, 2009

AZAM BULAN TERAKHIR 2009

Sedar tak sedar, esok merupakan bulan December iaitu bulan terakhir bagi setiap tahun atau lebih tepat tahun 2009. ingat tak azam atau perancangan pada awal tahun lalu. setakat mana dah yang telah tercapai, atau semuanya masih belum terlaksana. Inilah cabaran kita, bukan saja menyediakan perancangan, tetapi melaksanakan perancangan adalah yang paling sukar.

Pada setiap awal tahun boleh dikatakan semua orang berlumba untuk memilikki diari atau organizer untuk dicatatkan cita-cita atau azam pada tahun baru nanti. Apa azam dan cita-cita saudara/i pada tahun baru akan datang ni?. Saya masih lagi berazam untuk menglangsaikan hutang2 saya dan ingin hidup tanpa dibebani hutang2. Alhamdullilah saya dah berjaya menyelesaikan hutang salah satu kad kredit saya. Walaupun saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan stabil, tetapi keazaman yang mendorong menjelaskan hutang itu. Namun begitu ada satu lagi kad kredit yang berjumlah <> 3k yang perlu dijelaskan. Saya berazam pada hujung tahun ini, Insya Allah semuanya dapat dijelaskan.

Wednesday, November 25, 2009

Penghujung 2009

Assamualaikum pembaca semua,

Esok semua umat islam diseluruh dunia akan menyambut hari kebesaran atau perayaan yang dikenali Hari Raya Haji/ Qurban. Kenapa dinamakan begitu, 2 acara yang besar dan amat diingati serta dituntut dilakukan oleh umat islam diseluruh dunia. Peristiwa pertama yang mana pada bulan Zulhijjah ini umat islam menunaikan salah satu rukun islam yang dituntut iaitu menunaikan haji bagi yang mampu. Pada bakal- bakal haji dan hajah semua diucapkan selamat menjalankan rukun haji dan moga- moga mendapat haji yang mabrur. Semoga IM muslim dan saya sendiri dimurahkan rezeki dan mendapat seru yang awal untuk menunaikan haji, InsyaAllah.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S terhadap anaknya Nabi Ismail A.S yang mengingatkan kita semua bagaimana terjadinya hari raya Qurban ini. Moga- moga kita merenung dan mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Kepada semua pelawat blog, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban dan berhati-hati memandu pulang ke kampung. Walaupun disetengah tempat tidak meriah, namun mereka yang berasal dari pantsai timur atau berkawin dengan orang pantai timur tak kira Pahang, Terangganu atau Kelantan, mereka tahu dan merasai bertapa meriah dan seronoknya menyambut hari raya qurban ini.

SELAMAT HARI RAYA QURBAN,SAYA N KELUARGA MEMOHON MAAF SEKIRANYA SENGAJA ATAU TIDAK.

Monday, November 9, 2009

10 idea untuk memulakan perniagaan

ini adalah idea-idea untuk memulakan perniagaan internet anda. Mungkin idea ini boleh ditiru dan cuba ubah atau tambahbaik dengan idea anda sendiri. yang penting anda cuba buat dan buat sekarang, kerana kerja bertangguh tak akan menjadi dan kita takakan tahu atau belajara jika kita tak buat langsung. perhatikan dan tengok idea ini. jangan takut untuk klik.

1.Tips dan teknik mengambil gambar. Pemilik laman web ini adalah seorang juru gambar professional.

2.cara dan tips bagaimana untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan internet anda

3.Menjual sabun mandi buatan sendiri. Dengan menggunakan adunan bahan-bahan semula jadi dan bahan asing, anda juga boleh mencipta sabun sendiri.

4.Menjual produk-produk lilin beraroma. Trend kini adalah aomaterapi- menggunakan lilin untuk menghasilkan aroma yang indah.

5.Perkhidmatan membuat hamper (gift basket). Boleh juga diimplementasikan di Malaysia untuk menyediakan bahan perhiasan hantaran kahwin mungkin?

6.Perkhidmatan badut untuk jamuan atau pertunjukan. Bagi mereka yang berminat untuk memberi hiburan terutama kepada kanak-kanak.

7.Menjual kursus online cara bermain piano. Sistem yang diciptakan menjana pendapatan di Internet bagi peminat piano ini.

8.Menjual sistem cara bermain gitar dengan mudah. Sistem sebegini boleh diimplementasikan pada peralatan muzik yang lain.

9.Menawarkan perkhidmatan menulis dan menyunting (freelance writer & editor). Sekiranya anda seorang penulis atau penyunting full time, perniagaan internet secara freelance mungkin adalah untuk anda.

10.Menawarkan Perkhidmatan melukis karikatur & kartun. Bagi pakar melukis- di Malaysia ramai insan-insan yang hebat dalam bidang kreatif sebegini.


Friday, November 6, 2009

Persiapan Persekolahan Anak-anak

Topik hari ini berkenaan persiapan sekolah anak-anak pada tahun depan, walaupun cuti hujung tahun belum bermula. Pada mereka yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak, mungkin an-anak akmereka telah habis peperiksaan akhir tahun, tetapi ada juga anak-anak kita yang masih bertungkus-lumus dan berusaha kuat didalam persiapanan peperiksaan SPM mereka yang dijangka bermula pada 18hb november ini. Semoga berjaya dan memperolhi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Tetapi bagi ibubapa atau penjaga, bila tiba hujung tahun, mulalah kepala pening dan risau, berkenaan budget dan belanja hujung tahun dan persiapan sekolah anak-anak nanti. Cukup ke peruntukkan yang akan diberi, mana nak bayar insuran dan pembaharuan cukai jalan kereta, boleh ke bawa keluarga pergi bercuti didalam negara atau merasa keluar negara sekali-sekala. Dengan perkara yang tak diduga seperti kereta rosak, kawan kesempitan wang dan minta tolong, mak ayah yang dah tak berapa sihat seperti dulu dan memerlukan bantuan. Mungkin perkara pernah atau selalu dialami bila tiba hujung tahun. Apa yang dibuat jika perkara ini sering berlaku, dimana kita boleh dapatkan bantuan kewangan, nak pinjam dari keluarga atau kawan yang juga mungkin menghadapi masalah yang malu untuk diberitahu, nak pinjam dangan bank atau koperasi, tidak semudah yang dijangka, JANGAN pinjam dengan ALONG. Saya ulang JANGAN pinjam dangan ALAONG.

Peluang selalunya datang tanpa disedari, bagaimana jika peluang untuk mendapatkan modal atau wang untuk merubah atau memperbaiki diri dan keluarga. layari modal niaga untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tuesday, November 3, 2009

Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah lebih mudah dan anda cuma perlu bekerja keras pada peringkat permulaan saja. Selepas itu mungkin anda tidak perlu lagi bekerja keras dan perlu mengawasi saja atau menambahbaik pada peringkat tertentu. Pada masa sekarang dunia internet membuat anda boleh mencipta dan mendapatakan berbagai punca pendapatan pasif, salah satu ialah berniaga dari rumah .

Anda boleh cuba menjalankan perniagaan secara online, tetapi dinasihatkan dapat ilmu yang sebaik mungkin sebelum menceburi bidang ini.Dapatkan ilmu berniaga online disini

Monday, November 2, 2009

Apa itu Pendapatan

Upah atau ganjaran yang dibayar setelah melakukan sesuatu tugasan mungkin merupakan sumber pendapatan kita. Pendapatan ini mungkin dalam bentuk wang ringgit atau dalam apa jua bentuk yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pendapatan juga boleh terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

Pendapatan aktif adalah pendapatan yang diterima bergantung kepada usaha dan kerja yang dilakukan. Kerja atau usaha yang dilakukan mungkin ada batas-batas tertentu. ketika anda sihat dan masih mampu juga masih diperlukan,masa inilah anda mencipta atau memperolehi punca pendapatan. Tetapi bagaimana waktu anda uzur dan tidak mampu untuk bekerja, adakah pendapatan anda akan berterusan. Sudah tentu pendapatan anda juga akan terganggu. Tetapi dengan modal niaga pendapatan anda akan berterusan walaupun anda tidak bekerja dengan aktif lagi ataupun anda sedang bercuti.

Wednesday, April 22, 2009

Salah satu cara untuk dapatkan MODAL

"Jom Cari Duit Modal Bersama Saya.Anda Tidak Perlu Beli @ Jual Sebarang Produk. Dapatkan 'Jalan' menghasilkanRM5k Hanya Dengan Internet."

Kemajuan teknologi boleh dan akan membantu kita didalm menjalankan tugas harian kita. Sebab itu ada oang yang berjaya didalam menjalankan perniagaan melalaui internet. Mereka bukan saja menjual produk tetapi juga maklumat yang sangat dicari oleh pengguna internet. Disini saya ingin berkongsi salah satu cara untuk mendapatkan Modal untuk memulakan perniagaan. Walaupun idea yang dimulakan agak mudah tetapi ia berjaya dan boleh dipercayai kerana telus dan tiada unsur-unsur menipu. untuk maklumat lanjut kilk http://www.modalniaga.com/mn1967.htm